News

Check out market updates

Top Leader Property

Kerjaya Perunding Hartanah: Peluang , Realiti & Cara Bermula

Kerjaya Perunding Hartanah di Malaysia: Peluang, Realiti & Cara Bermula

Ramai orang hari ini sedang mencari peluang kerjaya yang lebih berkembang.

Ada yang sudah bekerja beberapa tahun, tetapi mula rasa income bergerak terlalu perlahan. Ada yang rajin, sanggup buat overtime, bertanggungjawab dengan keluarga, tetapi dalam hati masih tertanya-tanya:

“Kalau saya terus kerja macam ni lagi 5 tahun, hidup saya berubah banyak ke?”

Soalan ini bukan soalan kecil.

Semakin kita dewasa, komitmen hidup semakin bertambah. Rumah, kereta, keluarga, simpanan, perancangan masa depan ,semua ini perlukan ruang pendapatan yang lebih baik.

Bukan semua orang stuck sebab malas.

Ada orang sebenarnya rajin.
Ada orang ada potensi.
Ada orang ada keberanian.
Cuma kadang-kadang, platform kerjaya yang sedang mereka duduki tidak memberi ruang yang cukup untuk mereka berkembang.

Di sinilah kerjaya perunding hartanah mula menjadi pilihan untuk sesetengah orang.

Tetapi sebelum kita bercakap tentang peluang, income atau komisen, kita perlu faham satu perkara penting:

Kerjaya hartanah bukan skim cepat kaya.

Ia bukan jalan mudah.
Ia bukan kerja sekadar post iklan rumah.
Ia bukan kerjaya yang sesuai untuk semua orang.

Tetapi untuk orang yang betul, dengan attitude yang betul, training yang betul dan sistem yang betul — bidang ini boleh menjadi satu platform yang sangat baik untuk membina skill, networking, keyakinan diri dan pendapatan berdasarkan usaha sendiri.


               


Apa Itu Perunding Hartanah?

Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) ialah individu yang membantu dalam urusan pemasaran, jual beli dan sewaan hartanah di bawah agensi hartanah berdaftar.

Dalam bahasa mudah, peranan seorang perunding hartanah ialah menjadi penghubung antara pemilik rumah, pembeli, penyewa, landlord, banker, lawyer dan pihak-pihak berkaitan dalam sesuatu transaksi hartanah.

Tetapi kerja ini bukan sekadar “jual rumah”.

Seorang perunding hartanah perlu membantu pemilik memahami harga pasaran, membantu pembeli memahami proses beli rumah, mengurus viewing, membuat follow up, membantu semakan awal kelayakan pembeli, menyusun strategi pemasaran dan memastikan proses berjalan dengan lebih teratur.

Dalam industri hartanah Malaysia, bidang ini mempunyai struktur dan kawal selia tersendiri. Sebab itu, mereka yang mahu menceburi bidang ini perlu berada di bawah agensi hartanah yang sah dan mengikuti proses yang betul.

Ini penting kerana hartanah bukan produk kecil.

Kita bercakap tentang aset ratusan ribu atau jutaan ringgit. Jadi kerjaya ini memerlukan kepercayaan, etika dan tanggungjawab yang tinggi.


Kenapa Ramai Orang Berminat Menjadi Perunding Hartanah?

Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa mereka mula berminat dengan bidang hartanah.

Ada yang mahukan peluang pendapatan yang lebih baik.
Ada yang mahu keluar daripada rutin kerja yang sama setiap hari.
Ada yang suka berjumpa orang dan membina networking.
Ada yang memang minat dengan rumah, pelaburan dan pasaran hartanah.
Ada juga yang mula melihat bidang ini sebagai peluang untuk membina kerjaya jangka panjang.

Antara sebab utama kerjaya perunding hartanah menarik perhatian ialah:

1. Peluang Income Berdasarkan Usaha

Dalam kerjaya hartanah, income biasanya berkait rapat dengan usaha, skill, konsistensi, listing, market dan kemampuan seseorang mengurus prospek.

Ia bukan income yang datang secara automatik.

Tetapi untuk orang yang sanggup belajar dan konsisten, bidang ini mempunyai ruang untuk berkembang.

2. Fleksibiliti Masa

Kerjaya ini tidak sama seperti kerja pejabat biasa. Namun, fleksibiliti bukan bermaksud kerja suka-suka.

Fleksibiliti dalam bidang hartanah memerlukan disiplin. Anda mungkin boleh susun masa sendiri, tetapi anda juga perlu bertanggungjawab untuk buat kerja yang perlu dibuat.

3. Bina Skill Komunikasi dan Keyakinan Diri

Seorang perunding hartanah akan banyak berurusan dengan manusia.

Dari situ, skill bercakap, mendengar, bertanya soalan, negotiate dan menyelesaikan masalah akan berkembang.

Skill ini bukan sahaja berguna dalam bidang hartanah, tetapi juga dalam kehidupan dan kerjaya jangka panjang.

4. Networking Yang Luas

Anda akan berjumpa pemilik rumah, pembeli, pelabur, banker, lawyer, developer dan ramai lagi.

Networking ini sangat bernilai, terutama jika anda mahu membina career dalam bidang sales, property, investment atau business.

5. Potensi Kerjaya Jangka Panjang

Bidang hartanah bukan hanya tentang closing pertama.

Ia boleh berkembang menjadi kerjaya profesional jika dibina dengan cara yang betul. Anda boleh membina personal branding, membina client base, mengembangkan network dan menjadi rujukan orang dalam urusan hartanah.

Tetapi semua ini tidak datang secara automatik.

Kerjaya ini ada peluang, tetapi peluang itu perlu diusahakan.


Realiti Kerjaya Perunding Hartanah Yang Ramai Orang Tidak Nampak

Ramai orang nampak bahagian yang menarik sahaja.

Nampak agent pegang cheque.
Nampak posting “sold”.
Nampak orang closing rumah.
Nampak gaya kerja yang fleksibel.

Tetapi di belakang semua itu, ada banyak kerja yang orang luar tidak nampak.

Ada rejection.
Ada buyer yang senyap selepas bertanya panjang.
Ada owner yang berubah fikiran.
Ada viewing yang cancel last minute.
Ada loan yang tidak lepas.
Ada deal yang hampir jadi, kemudian jatuh.
Ada follow up yang perlu dibuat berkali-kali.

Inilah realiti kerjaya perunding hartanah.

Sebab itu, saya selalu pesan kepada orang yang mahu mula dalam bidang ini:

Jangan masuk kerjaya hartanah hanya sebab nampak komisen besar.

Masuklah kerana anda mahu belajar skill baru.
Masuklah kerana anda sanggup dibentuk.
Masuklah kerana anda mahu bina kerjaya.
Masuklah kerana anda faham bahawa hasil besar perlukan proses.

Kerjaya hartanah memang ada potensi. Tetapi potensi itu hanya bermakna kalau seseorang sanggup konsisten buat kerja yang betul.

Team perunding hartanah utara penang kedah 

Siapa Yang Sesuai Menjadi Perunding Hartanah?

Tidak semua orang sesuai dengan bidang ini. Itu perkara normal.

Tetapi ada beberapa ciri yang biasanya membantu seseorang lebih mudah berkembang sebagai perunding hartanah.

1. Suka Belajar Benda Baru

Bidang hartanah sentiasa bergerak.

Market berubah. Cara marketing berubah. Cara buyer membuat keputusan juga berubah.

Jadi, orang yang suka belajar biasanya lebih mudah menyesuaikan diri.

Anda tidak perlu tahu semua benda dari awal. Tetapi anda perlu ada sikap mahu belajar.

2. Boleh Berkomunikasi Dengan Orang

Perunding hartanah banyak berurusan dengan manusia.

Owner ada emosi mereka.
Buyer ada kebimbangan mereka.
Banker ada proses mereka.
Lawyer ada dokumen mereka.

Jadi, komunikasi sangat penting.

Namun, ini tidak bermaksud anda mesti jadi orang yang paling petah bercakap. Kadang-kadang, orang yang pandai mendengar dan bertanya soalan yang betul lebih mudah membina kepercayaan.

3. Ada Disiplin

Kerjaya ini nampak fleksibel, tetapi sebenarnya perlukan disiplin yang tinggi.

Kalau tiada boss yang setiap masa tengok anda, anda sendiri perlu tahu apa yang perlu dibuat.

Posting.
Follow up.
Viewing.
Belajar listing.
Update buyer.
Update owner.
Hadir training.
Buat task.

Semua ini perlukan disiplin.

4. Boleh Tahan Rejection

Dalam sales, rejection adalah perkara biasa.

Tidak semua orang akan reply.
Tidak semua buyer akan jadi.
Tidak semua owner akan setuju.
Tidak semua viewing akan close.

Orang yang mudah putus asa biasanya susah untuk bertahan.

Tetapi orang yang faham rejection sebagai sebahagian daripada proses akan lebih cepat matang.

5. Boleh Ikut Sistem

Orang baru biasanya belum tahu apa yang perlu dibuat.

Sebab itu sistem sangat penting.

Kalau ada training, task, guideline dan coaching — ikutlah dulu. Jangan terlalu cepat mahu buat cara sendiri sedangkan asas belum kuat.

6. Ada Target Hidup Yang Jelas

Bidang ini lebih sesuai untuk orang yang ada sebab kuat.

Mungkin mahu bantu keluarga.
Mungkin mahu tambah pendapatan.
Mungkin mahu bina kerjaya baru.
Mungkin mahu keluar daripada zon selesa.
Mungkin mahu bina masa depan yang lebih baik.

Bila sebab itu kuat, seseorang lebih mudah bertahan waktu proses masih susah.


Siapa Yang Tidak Sesuai Dengan Kerjaya Hartanah?

Saya percaya kita perlu bercakap secara jujur.

Kerjaya hartanah mungkin tidak sesuai untuk orang yang:

  • Mahu duit cepat tanpa usaha.

  • Tidak mahu belajar.

  • Tidak boleh menerima teguran.

  • Tidak mahu follow up.

  • Cepat putus asa bila belum nampak hasil.

  • Tidak boleh menjaga komitmen masa.

  • Hanya mahu cuba-cuba tanpa kesungguhan.

  • Tidak mahu ikut training atau sistem.

  • Tidak suka berurusan dengan orang langsung.

Ini bukan untuk merendahkan sesiapa.

Cuma lebih baik kita faham dari awal.

Kerjaya hartanah bukan untuk semua orang. Tetapi untuk orang yang sesuai, ia boleh menjadi ruang yang sangat baik untuk berkembang.


Skill Penting Untuk Menjadi Perunding Hartanah

Ramai orang fikir perunding hartanah hanya perlu pandai menjual.

Sebenarnya, bidang ini memerlukan gabungan beberapa skill.

1. Skill Marketing Hartanah

Anda perlu tahu cara memasarkan hartanah dengan betul. Ini termasuk gambar, video, copywriting, iklan, platform online dan cara menarik perhatian prospek.

Dalam dunia sekarang, marketing bukan lagi sekadar letak gambar rumah dan tulis “untuk dijual”.

Anda perlu tahu siapa target buyer, apa kelebihan hartanah, apa masalah yang buyer mahu selesaikan dan bagaimana mahu susun mesej pemasaran yang jelas.

2. Skill Komunikasi

Anda perlu tahu cara bercakap dengan owner, buyer, tenant, landlord dan pihak berkaitan.

Cara bertanya soalan, cara explain, cara follow up dan cara handle objection sangat penting.

3. Skill Mengenal Pasti Buyer Yang Sesuai

Bukan semua orang yang bertanya rumah benar-benar layak atau sesuai.

Jadi, perunding hartanah perlu belajar cara menapis dan memahami kemampuan pembeli.

Ini membantu menjimatkan masa semua pihak.

4. Basic Loan Knowledge

Anda tidak perlu menjadi banker, tetapi perlu faham asas kelayakan pinjaman, dokumen yang diperlukan dan proses umum pembelian rumah.

Ini penting supaya anda boleh bantu buyer faham langkah awal sebelum mereka pergi lebih jauh.

5. Skill Viewing

Viewing bukan sekadar buka pintu rumah.

Anda perlu tahu cara bawa buyer melihat rumah, explain point penting dan bantu buyer membuat keputusan dengan lebih jelas.

6. Skill Negotiation

Dalam hartanah, negotiation berlaku antara owner dan buyer.

Seorang perunding hartanah perlu tahu cara menjadi orang tengah yang tenang, beretika dan profesional.

7. Skill Follow Up

Banyak closing tidak berlaku pada first contact.

Ia berlaku selepas follow up yang konsisten dan tersusun.

Follow up bukan mengganggu orang. Follow up yang baik ialah membantu prospek membuat keputusan dengan lebih jelas.

8. Personal Branding

Dalam dunia sekarang, orang bukan hanya memilih listing.

Mereka juga melihat siapa yang mereka percaya untuk berurusan.

Sebab itu personal branding penting. Bila orang percaya dengan cara anda bekerja, lebih mudah untuk mereka bertanya, berurusan dan memberi referral.


Training perunding hartanah baru di Penang Kedah Perak


Cabaran Awal Sebagai Perunding Hartanah Baru

Orang baru dalam bidang hartanah biasanya akan berdepan beberapa cabaran.

Antaranya:

  • Tidak tahu nak mula dari mana.

  • Tidak tahu listing mana sesuai untuk fokus.

  • Tidak yakin bercakap dengan buyer.

  • Takut untuk buat viewing pertama.

  • Tidak faham proses jual beli.

  • Tidak tahu cara follow up.

  • Kurang konsisten dalam marketing.

  • Mudah down bila belum ada result.

  • Terlalu banyak belajar, tetapi lambat bertindak.

  • Tidak tahu cara susun masa jika bermula secara part-time.

Cabaran ini normal.

Sebab itu orang baru tidak sepatutnya dibiarkan berjalan seorang diri tanpa arah.

Mereka perlukan training.
Mereka perlukan guideline.
Mereka perlukan task yang jelas.
Mereka perlukan roleplay.
Mereka perlukan environment yang boleh bantu mereka berkembang.

Motivasi sahaja tidak cukup.

Dalam kerjaya ini, motivasi perlu disokong dengan sistem.


Boleh Ke Jadi Perunding Hartanah Tanpa Pengalaman?

Boleh.

Ramai orang bermula tanpa pengalaman hartanah.

Ada yang datang daripada bidang sales.
Ada yang datang daripada bidang admin.
Ada yang pernah kerja bank.
Ada yang pernah berniaga.
Ada yang kerja swasta.
Ada yang baru mahu explore career baru.

Pengalaman boleh membantu, tetapi ia bukan satu-satunya faktor.

Bagi saya, orang yang bermula dari zero pun boleh dibentuk jika ada attitude yang betul.

Zero knowledge bukan masalah besar.

Yang lebih susah ialah zero effort.

Kalau seseorang sanggup belajar, hadir training, buat task, bertanya bila tidak faham dan konsisten memperbaiki diri — peluang untuk berkembang tetap ada.


Boleh Ke Jadi Perunding Hartanah Secara Part-Time?

Boleh, tetapi perlu faham maksud sebenar part-time.

Part-time bukan bermaksud buat bila ada masa sahaja.

Part-time yang serius tetap perlukan jadual, disiplin dan komitmen.

Contohnya, seseorang yang bekerja tetap mungkin boleh susun masa untuk:

  • Belajar waktu malam.

  • Buat posting secara konsisten.

  • Follow up lead pada waktu tertentu.

  • Buat viewing hujung minggu.

  • Hadir training.

  • Update progress secara berkala.

Kalau part-time dibuat secara sambil lewa, hasilnya juga biasanya sambil lewa.

Tetapi kalau part-time dibuat dengan disiplin, ia boleh menjadi permulaan yang baik sebelum seseorang benar-benar yakin untuk membina kerjaya ini dengan lebih serius.


Potensi Income Perunding Hartanah di Malaysia

Ini antara soalan yang ramai orang mahu tahu.

Berapa income perunding hartanah boleh dapat?

Jawapan paling jujur ialah: bergantung.

Ia bergantung kepada usaha, market, skill, listing, konsistensi, cara follow up, training dan kemampuan seseorang mengurus peluang.

Kerjaya hartanah biasanya bukan seperti gaji tetap bulanan.

Ia lebih kepada income berdasarkan prestasi.

Ada bulan yang baik.
Ada bulan yang perlahan.
Ada masa closing cepat.
Ada masa deal mengambil masa.

Sebab itu, seseorang yang mahu masuk bidang ini perlu faham konsep performance-based income.

Potensi income memang ada, tetapi ia perlu dilihat secara matang.

Jangan masuk dengan mindset “senang kaya”.

Masuk dengan mindset:

“Saya mahu belajar skill yang boleh bina income jangka panjang.”

Itu mindset yang lebih sihat.


Cara Menjadi Perunding Hartanah di Malaysia

Jika anda sedang mempertimbangkan bidang ini, jangan terus fikir terlalu jauh.

Mulakan dengan langkah yang betul.

Langkah 1: Faham Dulu Realiti Kerjaya Ini

Sebelum buat keputusan, faham dulu apa kerja sebenar perunding hartanah.

Faham peluang dan faham juga cabarannya.

Langkah 2: Kenal Pasti Kesesuaian Diri

Tanya diri sendiri:

Adakah saya sanggup belajar?
Adakah saya boleh berurusan dengan orang?
Adakah saya boleh tahan rejection?
Adakah saya boleh ikut sistem?
Adakah saya ada sebab yang kuat untuk berkembang?

Langkah 3: Sertai Sesi Career Sharing

Sesi sharing boleh bantu anda nampak gambaran lebih jelas.

Anda boleh tanya soalan, faham proses dan nilai sama ada bidang ini sesuai atau tidak.

Langkah 4: Pilih Team Dan Agensi Yang Betul

Pilih environment yang boleh bimbing anda, bukan sekadar menerima anda masuk tanpa arah.

Orang baru perlukan leadership, training dan support.

Langkah 5: Ikut Training Asas

Belajar asas kerjaya, proses jual beli, marketing, lead handling, viewing, follow up dan etika kerja.

Langkah 6: Mula Buat Task Secara Konsisten

Ilmu tanpa tindakan tidak akan bawa hasil.

Orang baru perlu mula bergerak walaupun belum sempurna.

Langkah 7: Belajar Dari Proses

Setiap rejection, setiap viewing, setiap follow up dan setiap perbualan dengan prospek ialah pengalaman yang membina skill.

Team perunding hartanah utara penang kedah

Training dan Sistem Untuk Perunding Hartanah Baru

Salah satu kesilapan orang baru ialah mereka fikir cukup sekadar ada listing dan mula post iklan.

Realitinya, itu belum cukup.

Orang baru perlu tahu:

  • Apa yang perlu dibuat minggu pertama.

  • Listing mana yang sesuai untuk dipilih.

  • Bagaimana cara tulis copywriting.

  • Macam mana hendak layan lead.

  • Bila perlu follow up.

  • Apa yang perlu ditanya kepada buyer.

  • Bagaimana cara handle viewing.

  • Apa proses selepas buyer berminat.

  • Apa kesilapan yang perlu dielakkan.

Di sinilah pentingnya team dan sistem.

Team yang baik bukan sekadar beri semangat. Team yang baik bantu orang baru faham arah.

Training yang baik bukan sekadar teori. Training yang baik bantu seseorang praktis sampai lebih yakin.

Sistem yang baik bukan untuk mengongkong. Sistem yang baik membantu orang baru tahu apa yang perlu dibuat supaya tidak hilang arah.

Dalam team kami, fokus kami bukan sekadar menambah bilangan agent.

Fokus kami ialah membina orang yang serius mahu berkembang dalam kerjaya hartanah.


Kerjaya Perunding Hartanah di Penang, Kedah dan Perak

Bagi mereka yang berada di kawasan Utara Malaysia, peluang dalam bidang hartanah masih luas untuk diterokai.

Kawasan seperti Penang, Seberang Perai, Bertam, Kepala Batas, Butterworth, Sungai Petani, Kulim, Alor Setar, Taiping dan beberapa kawasan di Perak mempunyai pasaran hartanah yang aktif mengikut segmen masing-masing.

Ada permintaan untuk rumah subsale.
Ada permintaan untuk rumah undercon.
Ada permintaan untuk sewaan.
Ada pemilik rumah yang mahu menjual.
Ada pembeli rumah pertama yang perlukan bimbingan.
Ada pelabur yang mahu mencari peluang hartanah.

Setiap kawasan mempunyai karakter market yang berbeza.

Sebab itu, perunding hartanah yang mahu berkembang di kawasan Penang, Kedah dan Perak perlu belajar memahami lokasi, harga pasaran, demografi pembeli, jenis hartanah dan strategi pemasaran yang sesuai.

Kerjaya ini bukan sekadar tentang menjual rumah.

Ia tentang memahami manusia, lokasi, market dan proses.

Bagi team kami, fokus pembangunan perunding hartanah di Utara Malaysia bukan hanya untuk mencari closing, tetapi untuk membina perunding hartanah yang lebih bersedia, lebih beretika dan lebih profesional.


Kenapa Sertai Team Yang Fokus Pada Development?

Bagi saya, kerjaya hartanah tidak sepatutnya dibina secara membuta tuli.

Orang baru tidak patut masuk hanya untuk diberi listing dan disuruh “pergi cari buyer”.

Mereka perlu dibimbing.

Dalam team yang fokus pada development, orang baru akan lebih jelas tentang:

  • Apa yang perlu dibuat.

  • Apa skill yang perlu dibina.

  • Apa kesilapan yang perlu dielakkan.

  • Bagaimana mahu mengurus prospek.

  • Bagaimana mahu membina keyakinan.

  • Bagaimana mahu bergerak secara konsisten.

Fokus kami ialah membina perunding hartanah yang lebih bersedia, lebih beretika dan lebih profesional.

Bukan sekadar pandai menjual.

Tetapi faham cara bekerja dengan betul.


Prinsip Kami Dalam Membina Perunding Hartanah Baru

Saya percaya beberapa perkara.

Pertama, saya tidak mencari orang yang perfect.

Saya mencari orang yang boleh dibentuk.

Kedua, saya tidak percaya dengan recruitment yang menjual mimpi.

Kerjaya ini ada peluang, tetapi mesti diceritakan dengan jujur.

Ketiga, saya percaya skill boleh dibina jika seseorang ada attitude yang betul.

Keempat, saya percaya orang baru perlukan sistem.

Tanpa sistem, orang mudah hilang arah.

Kelima, saya percaya kerjaya hartanah adalah kerjaya jangka panjang untuk orang yang benar-benar serius mahu berkembang.


Soalan Lazim Tentang Kerjaya Perunding Hartanah

Apa itu perunding hartanah?

Perunding hartanah ialah individu yang membantu urusan pemasaran, jual beli dan sewaan hartanah di bawah agensi hartanah berdaftar. Peranan ini melibatkan komunikasi dengan owner, buyer, tenant, landlord, banker, lawyer dan pihak berkaitan.

Bagaimana cara menjadi perunding hartanah di Malaysia?

Langkah pertama ialah faham dulu realiti kerjaya ini, kemudian sertai sesi penerangan atau career sharing dengan agensi/team yang betul. Selepas itu, orang baru perlu ikut proses training, memahami etika kerja, belajar marketing, lead handling, viewing dan follow up.

Boleh ke jadi perunding hartanah tanpa pengalaman?

Boleh. Ramai orang bermula dari zero. Yang penting ialah sikap mahu belajar, boleh ikut sistem, konsisten buat task dan sanggup dibimbing.

Boleh ke jadi perunding hartanah secara part-time?

Boleh, tetapi perlu disiplin. Part-time bukan bermaksud buat bila free sahaja. Anda tetap perlu susun masa untuk training, posting, follow up dan viewing.

Berapa income perunding hartanah?

Income perunding hartanah bergantung kepada usaha, skill, market, listing, follow up dan konsistensi. Bidang ini biasanya berasaskan prestasi, bukan seperti gaji tetap bulanan.

Apa skill penting untuk jadi perunding hartanah?

Antara skill penting ialah marketing, komunikasi, lead handling, basic loan knowledge, viewing, negotiation, follow up dan personal branding.

Adakah kerjaya hartanah sesuai untuk umur 25–35?

Ya, umur 25–35 boleh menjadi fasa yang sesuai untuk explore kerjaya hartanah kerana ramai dalam umur ini sudah mula serius tentang income, komitmen, masa depan dan perkembangan kerjaya. Namun, kesesuaian tetap bergantung kepada attitude, disiplin dan kesanggupan untuk belajar.

Apa cabaran terbesar untuk perunding hartanah baru?

Cabaran terbesar biasanya ialah konsistensi, keyakinan diri, rejection, follow up dan tidak tahu apa yang perlu dibuat pada peringkat awal. Sebab itu training dan sistem sokongan sangat penting.

Kenapa perlu join team, bukan buat sendiri?

Team yang baik boleh memberi training, support, environment, roleplay, guideline dan direction. Ini membantu orang baru bergerak dengan lebih jelas dan tidak mudah hilang arah.


Adakah Kerjaya Ini Sesuai Untuk Anda?

Kalau anda sedang mencari peluang career baru, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula explore.

Bukan semestinya terus join.

Faham dulu pun sudah cukup baik.

Tanya diri anda:

Adakah saya mahu income yang lebih berkembang?
Adakah saya sanggup belajar benda baru?
Adakah saya boleh ikut training dan sistem?
Adakah saya boleh tahan proses sebelum nampak hasil?
Adakah saya mahu bina skill yang berguna untuk jangka panjang?

Kalau jawapan anda “ya”, kerjaya hartanah mungkin boleh menjadi salah satu pilihan yang patut anda pertimbangkan.

Tetapi kalau anda hanya mencari jalan mudah, bidang ini mungkin bukan pilihan terbaik.


Nak Faham Dulu Realiti Kerjaya Perunding Hartanah?

Saya buka sesi Career Sharing untuk mereka yang mahu faham kerjaya perunding hartanah dengan lebih jelas.

Sesi ini bukan sesi paksa join.

Bukan sesi jual mimpi income besar.

Bukan sesi yang menjanjikan kejayaan segera.

Kita akan sembang secara jujur tentang:

  • Apa kerja sebenar perunding hartanah.

  • Bagaimana income dalam bidang ini terbina.

  • Apa cabaran awal untuk orang baru.

  • Siapa yang sesuai dan tidak sesuai.

  • Apa training dan support yang disediakan.

  • Bagaimana cara mula dengan langkah yang betul.

Kalau anda berumur 25–35, sedang rasa career sekarang kurang berkembang, tetapi masih ada drive untuk belajar dan bina masa depan — anda boleh mula dengan sesi sharing ini.

Faham dulu.
Tanya dulu.
Nilai dulu.
Buat keputusan selepas anda jelas.

Klik WhatsApp dan taip:

CAREER

Saya akan bantu explain secara santai sebelum anda buat keputusan.


sharing kerjaya perunding hartanah penang kedah utara


Ringkasan

Kerjaya perunding hartanah bukan untuk semua orang.

Tetapi untuk orang yang sanggup belajar, boleh ikut sistem, tahan rejection, ada disiplin dan mahu membina masa depan ,bidang ini boleh menjadi platform yang sangat baik.

Jangan masuk kerana hype.

Masuk kerana anda faham realiti.
Masuk kerana anda mahu dibentuk.
Masuk kerana anda mahu bina skill dan kerjaya secara serius.

Kalau anda mahu tahu sama ada bidang ini sesuai untuk anda atau tidak, kita boleh sembang dulu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.